Cikgu harus beri 10 markah kepada saya kerana 10 markah itu sangat penting untuk saya.Saya telah mendapat banyak pengetahuan yang baru daripada Cikgu Romizal, seperti saya telah mengetahui membuat blog.Selain itu, saya juga mengetahui cara-cara menangkap gambar dan bagaimanakah guna photoshop.Seterusnya, saya mengetahui hasil-hasil yang telah hantar kepada cikgu tidak baik, tetapi saya telah melaksanakan tugas yang disuruh oleh cikgu dengan bersungguh-sungguh. Di samping itu, semasa menjalankan tugas, saya telah menghadapi banyak masalah seperti tiada kamera, komputer telah rosak, photoshop tidak boleh buka dan sebagainya.Oleh sebab itu, saya berharap Cikgu Romizal boleh beri 10 markah untuk saya.
Abang saya bernama Tan Jian Ming.Dia
berumur tujuh belas tahun.Dia bekerja dengan bapa saya.Abang saya tinggi lampai
dan berkulit sawo matang.Walaupun abang saya sentiasa mugusik saya dan adik
tetapi dia sangat meyayangi kita.Semasa kita menghadapi masalah, dia akan
menolong kita selesai.Abang saya sangat aktif dalam sukan.Kadang-kadang, dia
akan bermain bola keranjang atau badminton dengan kawannya di padang.Hobi abang
saya adalah menonton televisyen dan melancong.Makanan kegemaran abang saya ialah
mi dan nasi lemak.
Emak saya bernama Thuang See Chu.Dia berumur empat puluh tiga tahun.Emak saya bekerja sebagai seorang tukang jahit.Emak saya seorang yang ringan tulang.Pada setiap pagi, emak akan bangun awal untuk menyiapkan sarapan untuk kita.Emak saya juga sibuk mengemas rumah dan memasak lauk-pauk kegemaran kami sekeluarga pada setiap hari.Selain itu, emak saya pandai menjahit dan selalu menjahit pakaian kita.Emak saya amat mengambil berat tentang pelajaran saya dan adik.Pada waktu malam, dia akan menyemak kerja rumah adik saya.Hobi emak saya adalah menonton televisyen dan dia sangat suka makan sayur-sayuran dan buah-buahan.
Bapa saya bernama Tan Chee Chor.Dia berumur empat puluh enam tahun.Bapa saya berkerja sebagai seorang mekanik.Bapa saya seorang yang pendiam dan baik hati.Dia sentiasa menghulurkan tangan kepada orang yang memerlukan bantuan.Bapa saya juga seorang yang tegas, oleh itu saya dan adik sangat takut akan bapa saya.Walaupun dia tidak menghiraukan hal kami, tetapi dia sangat menyayangi kami.Bapa saya pula akan membuat kerja rumah di rumah supaya dapat meringankan beban emak saya.Hobi bapa saya adalah membaca surat khabar dan makanan yang disukai oleh bapa saya ialah ikan.
Subscribe to:
Posts (Atom)